Buang yang keruh ambil yang jernih.
Kalau asyik berprasangka buruk...kita tidak akan mampu menikmati kehidupan ini dengan sempurna.
Detik-detik kehidupan kita sentiasa bergerak ke hadapan...alpa dan leka kita akan ketinggalan seiring dengan usia yang kian bertambah menuju kematian yang pasti.
Berilah kembali hak-hak kepada mereka-mereka yang berhak.
Bangga dan riak kerana berkelebihan...
Terhina kerana kekurangan...
Namun semuanya sama disisi Yang Esa...
Memandu Porsche Cayenne...mahupun Kancil tetap kena berhenti di lampu isyarat merah.
Selamat Hari Jumaat!
Friday, December 25, 2009
Friday, December 18, 2009
Salam Maal Hijrah 1431
Yang kurang baik jadilah yang baik
Yang baik jadilah yang lebih baik
Salam Maal Hijrah!
Yang baik jadilah yang lebih baik
Salam Maal Hijrah!
Monday, December 14, 2009
1264 km
Memandu sejauh ini dalam masa 3 hari...memang memenatkan!
Namun...kepenatan bagai hilang dipuput bayu jelapang padi...bila mana segala perancangan berjalan lancar dan mencapai matlamat. Syukur alhamdulillah!
Selamat Malam....jangan lupa baca doa sebelum tido....
Wassalam!

Thursday, December 10, 2009
Darulaman
Esok akan bermula perjalananku ke utara tanahair...Negeri Jelapang Padi...
Orang kata...sambil menyelam...minum air dan tangkap ikan sekali...
Jadi ada 3 agenda utama aku disana....
Pertama meraikan majlis pernikahan anak sulung kakakku...Mujahid. Jika majlis pertunangannya dulu...aku berperjalanan secara solo...esok aku sekeluarga akan menyertai rombongan tersebut. Semoga perjalanan kami diberkati dan dipermudahkan Allah Taala. Amin!
Keduanya, menyertai rombongan peminangan buat anak lelaki arwah abangku, Tarmizi. Kebetulan bakal tunangannya orang Negeri Jelapang Padi juga. Semoga majlis ini turut diberkati dan dirahmati Allah Taala. Amin!
Ketiga...menjenguk keluarga balu arwah abangku di Bukit Kayu Hitam. Biar dicincang2 sekalipun..kasih sayang yang terjalin tidak akan putus.
Jika dulu...perjalanan kami diiringi dengan kesayupan Gunung Jerai dan keindahan panorama jelapang padi. Semoga esok situasi dan suasana yang sama menanti.
Perjalanan pulang nanti, aku sekeluarga bersama abangku sekeluarga merancang untuk singgah bermalam di Cameroon Highland. Ingin merasa dingin dan indahnya ladang teh pula.
Darulaman...seperti yang dijanji dulu...aku datang lagi...

Monday, December 7, 2009
Sekeping Kad Hari Raya...
Malam sabtu lepas....aku menyertai majlis perjumpaan bekas pelajar sekolah Teknik Kuantan sesi 1990/1991.
Seronok dan mengujakan....setelah hampir 20 tahun...dapat bertemu semula dengan rakan-rakan seperjuangan..memang detik yang paling menarik. Masing-masing dengan telatah dan nostalgia yang pasti tak luput ditelan zaman.
Kebetulan...aku dan isteriku merupakan rakan sekelas di sekolah tersebut. Kami mendirikan rumahtangga pada 7.8.1999 iaitu kira-kira 8 tahun selepas tamat persekolahan. Dikalangan rakan2 sekelas dan rakan2 yang lain...rasanya mereka tertanya-tanya...kerana semasa di sekolah dulu...memang tiada sebarang khabar angin tentang kami.
Apatah lagi...aku ni pemalu orangnya. Jangankan nak bercakap dengan budak perempuan..nak bertentang mata pun aku dah berpeluh2...
Namun...aku dah berjanji untuk mencoretkan tentang kisah tersebut dalam laman blog ini.
Seingat aku...aku melangkah keluar dari sekolah tersebut selepas SPM dengan tangan dan fikiran yang kosong....yang aku ingat..nak cepat balik kampung...nak mandi sungai...nak mancing ikan baung dan terbul...nak masuk hutan...lastik burung...tupai dan monyet. Aku bagaikan ingin melupuskan sebarang ikatan dan kenangan terhadap sekolah yang aku sendiri cintai. Sekolah yang memberi aku sejuta pelajaran dan pengajaran tentang akedemik, nilai kehidupan duniawi dan kehidupan yang kekal abadi kelak.
Baik rakan-rakan lelaki dan apatah lagi rakan-rakan perempuan...memang aku tidak mempunyai sebarang maklumat untuk berhubung semula...betapa dangkalnya aku!
Selepas detik tersebut..aku melanjutkan pelajaran ke UTM Skudai.
Pada suatu hari semasa cuti hari raya aidil fitri...mungkin tahun 1992 atau 1993...aku menerima sekeping kad ucapan selamat hari raya yang dialamatkan ke rumah aku di kampung...kadnya ringkas aje...hanya ucapan selamat dan maaf zahir batin...ucapan standard le tu...tapi ada nama dan alamat lengkap si pengirim...
Oh ya...baru aku teringat...di hari-hari minggu terakhir di sekolah itu dulu..aku pernah mencatatkan alamat aku didalam sebuah buku yang diedarkan dalam kelas...walaupun pada masa tersebut aku tidak tahu siapa tuan punya buku tersebut....
Sejak detik itu..aku sering mengutus warkah kepadanya...masa tu mana ada SMS atau email lagi...jadi surat menyurat menjadi penghubung antara kami. Bermula dengan bertanya khabar dan berkongsi2 cerita..kami menjadi sahabat yang harmoni.
Persahabatan kami kekal hinggalah aku menamatkan pengajian di UTM dan beliau pula di UPM. Hari konvo aku dia hadir...dan hari konvo dia aku hadir...meraikan kejayaan bersama-sama.
Kini selepas 10 tahun hidup bersama dan dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata...aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana dipertemukan dengan beliau...Nur Azfa Eda Bt Adnan.
Terima Kasih!

Subscribe to:
Posts (Atom)